17 Januari 2017 - 18:24
Iran Beri Maklum Balas Kepada Jemputan Haji Arab Saudi

Iran memberikan maklum balas kepada jemputan rasmi Kementerian Haji Arab Saudi untuk menyatakan tuntutan Tehran ke atas Riyadh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran memberikan maklum balas kepada jemputan rasmi Kementerian Haji Arab Saudi untuk menyatakan tuntutan Tehran ke atas Riyadh.

Wakil Pemimpin Tertinggi Iran di dalam urusan Haji, Ali Ghazi menegaskan bahawa "kesemua daripada kami berhasrat untuk menunaikan Haji pada musim ibadat itu yang akan datang jikalau perkara yang segala keperluan dipenuhi."

"Iran secara rasmi telah menerima jemputan Arab Saudi untuk bertemu dan mengadakan dialog dua hala berkaitan Haji. Maklum balas kami diserahkan oleh Menteri Kebudayaan Iran kepada Menteri Haji Arab Saudi," katanya.

Ghazi berkata: "Saya berharap bahawa dialog itu akan memberikan hasil dan membuka jalan untuk menunaikan ibadat Haji (bagi jemaah Iran)."

Selepas tragedi Mina pada tahun 2015 yang menyaksikan ratusan jemaah Haji termasuk dari Iran terbunuh, Republik Islam itu tidak lagi menghantar warganya untuk menunaikan Haji dan mendakwa kerajaan Arab Saudi gagal untuk menjamin keselamatan penziarah rumah Allah itu.